,
|

Tentang MISI

Program Mukhayyam Intensif Kepimpinan Siswa-Siswi IKRAM 
merupakan kursus kepimpinan intensif yang dilaksanakan
oleh Jawatankuasa IPT Pusat dalam IKRAM khusus untuk pelajar universiti awam dan swasta yang terpilih dari seluruh negara. 


Program yang diadakan saban tahun ini telah 
bermula sejak tahun 2006 lagi dan ia bertujuan untuk memperkasakan mahasiswa dalam segenap aspek termasuklah kepemimpinan, skil berkomunikasi, jatidiri muslim dan juga aspek kerohanian. 


Sehingga tahun 2011, program ini telah diadakan sebanyak 4 kali di mana, pada tahun 2008 dan 2010 program MISI tidak dapat diadakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 


Pada 2 tahun yang lalu, MISI ‘10 telah dijalankan dengan jayanya pada 5 Jun 2010 sehingga 20 Jun 2010 membabitkan 137 peserta (64 peserta lelaki dan 73 peserta wanita) sepanjang tempoh 2 minggu tersebut. 


Dalam program MISI ini, pelbagai pengisian yang komprehensif yang disampaikan adalah berpandukan kepada Modul Tarbiah IKRAM 2012 bagi melahirkan graduan-graduan yang mampu membumikan slogan “Soleh wa Musleh” sekembalinya mereka di IPTA/IKRAM Daerah masing-masing.

0 ulasan:

Post a Comment