,
|

Syair Hari Kita


JK Multimedia sekali lagi memerah segala idea di kotak fikir untuk menghasil catatan indah yang bakal dikenang dan diingat mudah. Ayuh telusuri syair hari ke-13 /6 Jun 2012.

Hari yang baharu pun bermula,
Wuduk diambil basahi jemala,
Tahajjud bersama dipagi kala,
Subuh menyusul selepas pula.

Al-Mathurat dibaca bersama-sama,
Pujian-pujian sealam bergema,
Hafalan Al Quran diterus cuma,
Agar kekal dijiwa selama.

Asmaul Husna dialun bersama,
Meresap hingga ke dalam sukma,
Sarapan disedia tidaklah lama,
Perut terisi suka di atma.

Sesi pertama bermula sudah,
Dakwah Fardiyyah dakwah mudah,
Akhi Azraai mula bermadah,
Kongsi ilmu kongsi wadah.



Peri pentingnya berbuat dakwah,
Membawa manusia ke jalan Allah,
Agar hilang segala gundah,
Pulang kembali kepada fitrah.

Sesi menjahit sesi menduga,
Dikelola oleh mak cik bertiga,
Katanya penting demi berkeluarga,
Markah tambahan andai bersiaga.


Empat jahitan diajar mudah,
Mak Cik Jawahir Mak Cik Fauziah,
Turut membantu Mak Cik Norliah,
Ilmu dikongsi bersama telaah.


Sesi terakhir sesi yang indah,
Mauduknya berat tetapi mudah,
Masyarakat kampus perlu diubah,
Untuk bergerak jaya searah.

Pak Cik Nahar terserlah pemimpin,
Menjadi suri teladan Ad Din,
Agar mampu ke depan makin,
Cipta Aspirasi jadi pemangkin.



Hari diakhir mengingati Allah,
Sama bertadarus sama berusrah,
Seusai tazkirah semua sudah,
Pulang ke bilik dan menyerah.

JK Multimedia

Baraakallahu feekum!

0 ulasan:

Post a Comment