PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.
http://misi13.blogspot.com
Tarikh: 7 MAY 2013
Assalamu’alaikum w.b.t. Tuan / Puan:
Perkara: Kursus Kepimpinan Mahasiswa Mahasiswi IPT seluruh Malaysia.
Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput anak tuan/puan untuk menghadiri kursus bulanan anjuran JK IPT Pertubuhan Ikram Malaysia. Kursus ini telah dirangka khusus untuk anak tuan/puan agar cuti semester kali ini dimanfaatkan sepenuhnya. Tahniah, anak tuan puan berjaya dipilih untuk menghadiri kursus kepimpinan yang julung kali dianjurkan. Kursus ini akan dihadiri oleh para pelajar dari seluruh Malaysia termasuk sabah dan Sarawak dan merupakan satu peluang yang terbaik bagi anak tuan/puan untuk bertukar pendapat dan mencari kenalan baru. Selain itu, diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta bagi meneruskan kehidupan di kampus. Butiran kursus adalah adalah seperti berikut:
Masa : 8.30 pagi– 5.00 petang
Tarikh : 7 Jun 2013
Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat
Tentatif : Rujuk lampiran *
Bayaran : RM 10
2. Slot pertama iaitu Slot Usul 20 oleh Hasan Al-Banna. kami memilih usul 20 untuk didedahkan kepada peserta kerana kami yakin seorang daei mestilah memahami islam itu sebelum menyampaikan pada yang lain. Kami ingin mengetengahkan bahawa Islam merupakan cara hidup syumul (menyeluruh) kerana ianya bukan berkhusus kepada ibadah kursus seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Umat Islam pada zaman sekarang berada pada tahap kritikal di mana mereka sering mencampur adukkan antaran adat dengan amalan yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, dengan membincangkan Usul 20, kami berharap anak tuan puan menjadi agen kepada masyarakat untuk menerangkan konsep Islam dan syumul melalui perkataan dan yang paling penting melalui perbuatan.
3.0 Usul 1 menerangkan konsep Islam yang syumul dan mengcakupi semua bidang kehidupan. Seseorang yang mengaku Islam itu bukan lah hanya pada tertulisnya "islam" itu pada kad pengenalannya, tetapi mestilah tertulis juga pada peribadi luaran dan dalamannya. Pendek kata, Islam bukan hanya satu falsafah tetapi ia merupakan satu bentuk perlaksanaan. Tiada satu pun zaman yang tidak sesuai dengan ajaran Islam, ajaran yang mengesakan ALLAH.
3.1 Usul 2 menerangkan bahawa bagi seorang muslim, Al-Quran dan hadis merupakan sumber utama untuk memahami hukum-hukum Islam. Untuk memahami Al-Quran, kita haruslah merujuk kepada tafsir Ulama' Muktabar dan hadith ulama'. Antara yang terkemuka adalah Kitab Sahih Al-Bukhari. usul 2 juga akan menerangkan mengenai "ijtihadiyah: mengeluarkan pendapat" dalam memberi hukum. Banyak masyarakat kini, yang sudah salah teknik dalam ijtihadiyah. Ijtihadiyah adalah dilakukan melaui Qiyas, istislah,istihsan,istishab,al'uruf. Ia boleh diterima atau ditolak. Tetapi dalam hukum yang terang seperti hukum menutup aurat yang Allah telah nyatakan secara terang di dalam Al-Quran, hukumnya tidak boleh di ijtihad lagi.
3.2 Usul 3 menerangkan mengenai iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak menjadi dalil kepada hukum- hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.
3.3 Usul 4 menyatakan bahawa jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi daripada ayat al- Quran atau jampi-jampi yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.
3.4 Usul 5 membincangkan mengenai pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi boleh ditafsirkan dengan pengertian lain; demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.Taabud (pengabdian) menjadi asas kepda ibadat dengan tidak melihat pada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.
4. Peserta akan membincangkan sehingga ke Usul 20. Kami meminta para peserta untuk membuat satu sessi perkongsian dengan rakan-rakan dan keluarga mereka seusai mereka pulan dari kem ini. Kami akan memantau percapaian mereka dari semasa ke semasa.
5. Slot kedua akan memfokuskan kepada 18 point penting disebalik ayat 9-26 Surah Al-Kahfi. Harapan pihak kami semoga para peserta lebih memahami pengajaran yang ingin Allah ajarkan kepada kita. Antara point-point yang akan diketengahkan adalah kisah pemuda Al-Kahfi yang ada kaitan dengan perjuangan dan dakwah. Iman yang dianugerah Allah kepada mereka menolak mereka menjadi lebih tinggi, lebih berani untuk tidak mengsekutukan Allah. Di samping itu, sangat penting untuk kita mentauhidkan Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Menjaga hubungan dengan Maha Pencipta juga penting dan digariskan dalam Surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi juga membincangkan contoh persahabatan yang terbaik seperti yang dibuktikan oleh Allah dengan kisah pemuda Kahfi itu sendiri. Tinggalkan urusan yang tak bermanfaat dan bekerjalah secara berfokus juga digariskan dalam Surah Al-Kahfi. Point yang dikira bermanfaat juga adalah mengenai kepentingan untuk mengakui bahawa semua urusan Allah yang atur. Ciri-ciri pemuda Al-Kahfi seperti tidak lagho dan tidak senang dengan maksiat juga akan dibincangkan dalam slot ini. Semoga para peserta dapat mencontohi pemuda Al-Kahfi ini kerana di Malaysia khususnya, kita sangat-sangat kekurangan PEMUDA KAHFI.
6. Sekian sahaja dari pihak kami. Kami berharap pihak tuan puan dapat memberi kebenaran kepada anak-anak tuan/puan menghadiri kursus ini. Hanya dengan izin Allah, anak-anak ini diharapkan menjadi pemimpin Islam nanti. Mari kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.
Sekian, jazakumullah hu khairan Kaseera.
"Ukhwah Teras Kegemilangan"
Yang benar,
iqbalhakim
Iqbal Hakim,
Pengarah Program
3 ulasan:
inilah post paling menarik!
(hampir tanda kat kalendar 2013 tadi, tarikh... tibe2 sedar, catatan MISI hari tu..kan?)
dan ini lebih3 menarik sekiranya MISI tahun depan boleh buat surat macam ni? ^^
InshaAllah, kita maybe perlukan surat, but kita perlukan surat bergerak (read:suara). itu "surat" yang paling dekat di hati. =) -Nuhan.JK media-
err..
suka2 guna nama Pengarah..
tapi mmg kreatif!
tahniah!
p/s: just terfikir, nape buat kat ICR
Post a Comment