,
|

The Power Of Connections & Keindahan Bersama-Mu

Hari yang ke-11:

Cikgu Ezzah:
Pernah dengar mengenai Raudatus Sakinah?

Pelajar:
Pernah! Pernah! Pernah! Pusat perlindungan wanita kan?

Cikgu Ezzah:
Haaaaa. Lebih dari itu! Baru-baru ini, team Raudatus Sakinah datang ke program MISI12! Best. Banyak penerangan, perkongsian dan aktiviti yang dijalankan. Antara tajuk yang dibincangkan adalah “The power of connections” oleh Akhi Syamil Yusuf. Antara yang menarik perhatian adalah tajuk ‘mind setting’. Seseorang yang mahu menjadi daei hebat mestilah mempunyai ‘mind setting’ yang positive. Contoh yang diberikan Akhi sangat mudah.
“ Kita nak beli satu buku, tetapi bila kita tengok harga buku itu,kita terus letak dan pergi ke buku yang lebih murah. Jika kita positifkan minda kita, kita mesti akan berusaha jugak supaya dapat kita beli buku itu! Nak seribu daya, tak mahu..beribu-ribu dalih! ".
Banyak jugak kata-kata semangat yang dilontarkan kepada para peserta MISI12.

Pelajar:
Apa cikgu? Cepatlah kami nak catat ni.

Cikgu Ezzah:
Cikgu cakap dalam Bahasa Inggeris dan kamu terjemahkan boleh?

Pelajar:
Boleh! Boleh! Boleh!
Cikgu Ezzah:
Leaders touch a heart before they ask for a hand.

Pelajar A:
Seorang ketua harus mengambil hati dulu sebelum minta tolong?


Cikgu Ezzah:
Hmm, cubaan yang bagus! Tapi, pelik pulak bunyinya. Tak mengapa, janji pelajar cikgu yang pandai semuanya ini paham kan maksud itu?

Pelajar:
Paham cikgu! Ambil hati dulu! Cikgu kalau nak ambil hati kena ada caranya bukan?

Cikgu Ezzah:
Betul tu. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘The power of Connections”. Kita buat “connection” hati ke hati dulu sebelum apa-apa pun. Kita boleh lihat cara Rasullullah jugak. Baginda memukau hati-hati para sahabat dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka terlebih dahulu.

Pelajar:
Dengan musuh pun baginda membina “connection” hati bukan?

Cikgu Ezzah:
Bijak! Ya, adakan dengan musuh pun baginda tetap membina “connection” hati. Sebab itulah, awal-awal musuh lepas tu?

Pelajar:
Kawan!

Cikgu Ezzah:
Yang paling penting adalah, kita bawak semua connection itu kepada yang Maha Agung! Yang Maha Besar! Yang Maha Bijaksana! Kerana tanpa Dia kita tak mampu nak buat sebarang “connection” pun. Ada lagi empat komponen “The power of connections” yang diketengahkan dalam sesi perkongsian itu iaitu membina hubungan mesra (Rapport), Kesedaran Sensori (sensory awareness), pemikiran penyudah (outcome thinking) dan perlakuan flexible(behavioural flexibility). Empat komponen ini penting untuk membina “connection”.

Pelajar:
Banyak jugak benda baru yang kami belajar hari ni. Cikgu, apa lagi yang peserta MISI12 dapat cikgu?



Cikgu Ezzah:
Lepas itu ada lagi sesi istimewa dari team Raudatus Sakinah. Pada sessi ini, peserta didedahkan dengan apa itu Raudatus Sakinah.

Pelajar:
Cikgu, maksud Raudatus Sakinah adalah “taman-taman ketenangan”.

Cikgu Ezzah:
Ya,betul. Cantik maksudnya sama seperti tujuan penubuhannya juga. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan masyarakat untuk ditubuhkan kerana disalah anggap sebagai pusat lindungan wanita-wanita yang terlanjur, namun team Raudatus sakinah tetap tenang menghadapai tohmahan sebahagian masyarakat itu. Sekarang ramai yang sudah membuka mata dengan kebaikan penubuhan Raudatus Sakinah. Pelajar-pelajar di sana diajar untuk lebih mengenali Allah. Mereka digalakkan solat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain. Mereka juga bukan dilayan sebagai pelajar asrama tetapi mereka memasak dengan sendiri. Pendek kata, kita kena lah beri sokongan untuk penubuhan pusat-pusat yang begini. Niat mereka sangat murni tapi itu bukan bererti mereka menggalakkan remaja-remaja untuk ‘terlanjur’. Jauh sekali. Tetapi mereka sangat mempunyai matlamat yang tinggi untuk mengembalikan belia yang dikata tiada harapan ini untuk kembali mejadi harapan bangsa dan lebih lagi harapan Islam.

Pelajar:
Baru saya paham sekarang apa itu Raudatus Sakinah.

Cikgu Ezzah:
Di samping itu ada jugak sesi praktikalnya. Beberapa peserta MISI12 dipilih untuk sesi simulasi. Ada empat orang Fasilitator dari team “Raudatus Sakinah” juga turut serta dalam simulasi itu.






Pelajar:
Apa yang dibincangkan dalam simulasi itu cikgu?

Cikgu Ezzah:
Mereka kononnya mahu bermesyuarat untuk membincangkan tentang Minggu Orientasi Pelajar Baru. Ada ketua, penolong ketua, AJK makanan, AJK kerohanian, AJK rekreasi, AJK sukan, AJK Disiplin dan sebagainya. Masing-masing diminta untuk membentangkan mengenai bidang tugas masing-masing. Selesai simulasi tersebut, team Raudatus Sakinah memberi sedikit komen terhadap para peserta MISI12 yang terlibat. Antara pesanannya yang sempat cikgu ambil adalah seorang yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa bersedia. Kita hendaklah mengawal emosi dalam sesuatu mesyuarat walaupun kadang-kadang rakan sekerja membuat kita marah. Lemparkan senyuman, jangan kedekut dengan senyuman. Paling penting, sebelum memulakan sesuatu mesyuarat, ketua mestilah membentangkan dulu “rules dan regulation” supaya ahli mesyuarat yang lain patuh dan mesyuarat berjalan dengan lancar, InsyaAllah.




Pelajar:
Wah, siap dengan sesi praktikal lagi. Waktu malam peserta MISI12 buat apa cikgu?

Cikgu Ezzah:
Malam pulak peserta bersama dengan slot Keindahan Bersama-Mu. Slot KBM membuatkan peserta untuk merasakan KEINDAHAN BERSAMA ALLAH, KEINDAHAN BERSAMA RASUL, KEINDAHAN BERSAMA IBU DAN AYAH dan KEINDAHAN BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN. Slot ini diselang-seli dengan motivasi daripada para penceramah.



Tiba masanya untuk para peserta membersihkan hati dan dengan adanya slot yang berbentuk ruhi ini, para peserta lebih mendekatkan diri denganNya. Ingatlah pelajar, di akhirat nanti mulut kita akan terkunci dan anggota yang lain akan bersuara.



Kita mesti sentiasa muhasabah kembali dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Kadang-kadang kita sibuk mengejar cinta sesama kita sampai kita lupa untuk merebut cinta Yang Maha Esa. Slot ini banyak mengumpulkan air mata para peserta, mereka diberi ruang untuk mengenang kembali amalan-amalan yang telah mereka lakukan kerana dengan amalan dan belas kasihan Allah yang menentukan di mana pengakhiran kita, Syurga nan Indah atau Neraka nan menakutkan itu.




Pelajar:
Mesti best kan? Slot macam inilah yang membantu kita membersih hati kita.Cikgu saya nak join lah MISI13 tahun hadapan.

Cikgu Ezzah:
InsyaAllah, boleh! Ajaklah ramai lagi.

1 ulasan:

Post a Comment