SubhanAllah. Hari ke-10 yang sangat menarik!Biasa yang indah. Bangun para peserta MISI’12 dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin-Nya, dapat menikmati nikmat Islam dan Iman. Solat malam dilaku pasti. Disusuli solat subuh berjemaah. Kawad dan senaman di gelanggang bola keranjang. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan permainan. Akhawat menggunakan gelanggang bola keranjang manakala ikhwah di gelanggang futsal. Sarapan pagi bubur ayam dan air teh ‘o’ disediakan kumpulan yang bertugas. Juadah dijamah secara berjemaah. Nikmat!
Slot Dakwah dalam Masyarakat Majmuk bersama Cikgu Kamarul Zaman bermula dengan nyanyian bersemangat para peserta menyanyikan lagu tema MISI 2012. Seusai nyanyian yang bersemangat itu, Cikgu Kamarul Zaman memulakan ceramah beliau dengan membuka minda para peserta tentang kepentingan dakwah kepada masyarakat majmuk.
Beliau juga menerangkan punca-punca salah tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam dan hujah-hujah bagi menangkis tanggapan tersebut. Antara punca salah tanggapan tersebut ialah peranan media, perbezaan budaya, serta fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang kurang pakar. Kelakuan umat Islam yang tidak mengikuti ajaran Islam dengan sebenar-benarnya juga menjadi punca.
Terdapat juga isu-isu lazim seperti isu wanita dalam Islam, isu masuk Islam masuk Melayu, juga isu tohmahan-tohmahan terhadap Rasulullah menyebabkan mereka tidak mehu mendekati Islam. Umat Islam sebagai umat yang telah diberi hidayah dan memahami kebenaran-kebenaran di sebalik salah faham itu perlu memainkan peranan yang cukup besar dalam menyedarkan masyarakat akan hakikat Islam yang sebenar.
Selain itu, bagi persediaan para peserta yang akan menjalani dakwah jalanan pada sebelah petang nanti, beliau memberikan tips-tips dalam memulakan perbualan dengan non-muslim. Amat penting bagi peserta menjaga adab dan akhlak mereka agar non-muslim tersebut berasa senang untuk berbual. Beliau juga memberikan soalan-soalan untuk diajukan kepada non-muslim bagi menilai tahap pemahaman mereka tentang Islam seterusnya membuka ruang bagi menerangkan Islam kepada mereka.
Peserta bersiap untuk solat Zohor, makan tengah hari sebelum bertolak ke Selayang Mall bagi menjalankan Street Dakwah. Bas bertolak ke Selayang Mall. Doa dibaca memohon moga dipermudahkan segala urusan. Tiba di Selayang Mall. Peserta di beri kesempatan bermain bowling. 8 laluan bowling disewa bagi memberi ruang kepada setiap peserta untuk bermain.
Peserta menamatkan permainan. Solat Asar ditunaikan sebelum peserta dilepaskan untuk menjalankan dakwah masing-masing. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 4 hingga 5 orang. Peserta turut dibekalkan dengan buku ‘A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam” serta beberapa brochure sebagai bekal dakwah untuk diedarkan. Peserta diminta berkumpul semula pada pukul 8 untuk bertolak pulang.
Peserta memulakan tugas yang diamanahkan. Mencari target-target untuk didekati bagi menerangkan tentang Islam. Semangat berkobar-kobar terpancar di mata setiap peserta. Namun seperti yang dimaklumi, dakwah itu bukan mudah, ramai yang menolak untuk didekati. Peserta meneruskan juga tugas mereka. Beberapa target berpotensi berjaya dihampiri. Rabb menjadi saksi kegembiraan mereka dapat menerangkan kebenaran Islam kepada masyarakat.
Bas bertolak pulang dari Selayang Mall. Alunan mathurat memecah kesunyaian di dalam bas. Kurang 30 minit, bas tiba di Sekolah Al-Amin. Peserta bergegas ke dewan untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.
Slot bersama penceramah hebat, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh bermula. Majlis dimulakan dengan nyanyian hebat para peserta. Tamat nyanyian, tuan Syed Ibrahim memulakan slot beliau yang bertajuk ‘Menganalisis dan Memahami Isu Semasa’. Isu adalah pelancaran, debat atau pertikaian. Ia membawa kepentingan atau kebimbangan awam, ekonomi dan lain-lain.
Beliau menerangkan bagi membina kemahiran menganalisis dan memahami isu semasa, penggunaan akal perlulah selari dengan konsep yang digariskan oleh Islam. Selain itu, seseorang itu juga perlulah bersikap positif, berfikiran tenang dan mudah membuang perasaan ego namun tetap bersikap tegas serta sentiasa berfikir di luar kotak dalam menangani isu semasa.
Beliau juga mengingatkan peserta agar mengambil kira emosi dan perasaan orang lain dan sentiasa memikirkan alternative lain yang lebih baik sebelum membuat keputusan. Idea juga mestilah global dan perlu ada perincian supaya kita tidak melencong dari landasan sebenar. Pemikiran perlu diakhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik kepada orang lain.
Sebagai kesimpulan, beliau mengajak peserta sebagai pemuda harapan Negara agar berfikiran secara kritis dan kreatif. Malam itu diteruskan dengan rutin harian bertadarus dan tazkirah kisah sahabat. Para peserta kemudian pulang ke bilik untuk berehat.
Baraakallahu feekum.
JK Multimedia

0 ulasan:
Post a Comment