,
|

Perkasa!

Hari ke-8 dan ke-9 bersamaan dengan hujung minggu pertama MISI '12 membariskan aktiviti yang sangat menarik serta penuh dengan aktiviti yang menambah ke'perkasa'an para ikhwah dan akhawat MISI'12.

Para peserta bertolak ke kem rimba tamu tepat jam 8 pagi sambil di sertai oleh beberapa orang wajah-wajah baru untuk membantu memudahkan program di sana kelak. Perjalanan mengambil masa tidak kurang dari satu jam setengah. Setiba di sana, para peserta meletakkan bagasi mereka di ruang makan kemudia diarahkan berkumpul di padang kawad.

Taklimat yang komprihensif yang tepu dengan peringatan dan ilmu itu diberikan oleh penghulu kem. Beliau juga menegaskan bahawa adab dan susila sebagai muslim perlu dijaga dengan secemerlang mungkin.









Aktiviti yang menggugah potensi diri para peserta dimulai dengan aktiviti flying fox dan repelling. Taklimat keselamatan dan cara menjalani aktivi ini dengan tepat dan betul diberikan ringkas. Degup jantung dan debar akhbar jiwa raga para peserta tampak jelas di wajah. Namun, berbekal semangat juang dan keyakinan tinggi, segalanya berjalan dengan lancar dan seiring dengan program yang dianjurkan.





Seterusnya, kurang tepat 3 putaran jam jarum pendek, solat zohor dilaksanakan secara berjemaah. Ke'perkasa'an para peserta diasah dan digilap lagi dengan aktiviti Endurance Race. Aktiviti yang kaya dengan ilmu ukhuwwah para fesi dan para peserta serta aktiviti yang tidak pernah tercapai akal seperti gula-gula beracun, lohong buaya, terjun tembok dan pelbagai lagi menghiasi detik-detik Endurance Race ini.













Aktiviti ini sudah pasti membentuk jati diri unggul yang syumul dalam jiwa nubari pesera MISI'12.



Seusai azan asar berkumandang, para perserta yang baharu sahaja selesai membersihkan diri setelah bermandi lumpur dan air selut berkumpul di surau untuk menunaian solat berjemaah. Para peserta dibenarkan berehat dan bersiaga untuk meneruskan aktiviti LDK malam nanti.

Selepas selesai solat magrib dan isya', peserta-peserta berkumpul di dewan serbaguna yang juga merupakan tempat solat berjemaah dijalankan. Setiap wakil kumpulan di anjurkan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi Endurance Race.



Pelbagai ragam, gelagak dan cara penceritaan disampaikan. Indah! Kelihatan keakraban yang berbunga mekar dalam hati setiap peserta MISI '12.


Malam itu diakhiri dengan aktiviti debat dan pidato yang teorinya telah semua peserta pelajari semasa menjalani MISI '12 minggu pertama. Malam yang pekat zulmat, dihiasi bintang berjuta menemani para peserta dikala jemala di letakkan di bantal empuk agar rehat fizikal mampu dicapai.









Hari ke-dua menjelma. Seperti biasa, para peserta bangun awal untuk menunaikan solat sunat tahhajjud dan kemudian solat berjemaah subuh lalu disusuli dengan bacaan Al Mathurat.

Sarapan nasi lemak disantap pasti! Berkumpul semua para peserta sebelum menjalani aktiviti lasak yang terakhir yang bakal menguji ketahanan dan ke'perkasa'an diri iaitu menelusuri gua. Para peserta kemudian berjalan menuju ke gua tersebut yang berada tidak kurang 3km dari kem.







Perjalanan yang diiringi dengan pepohon hutan banat, pacat lincah melompat-lompat, sungai deras dan berbagai lagi cerucuk duri. Gua yang terbina batuan besar itu akhirnya para peserta temui selepas berjalan jauh.









SubhanAllah! Bukanlah seperti yang dijangka ramai. Seperti titi-titi kayu yang dibina di dasar gua. 360 darjah terpaling. Kekuatan fizikal yang amat tinggi kerana laluannya yang perlukan seseorang itu untuk merangkak, mengecilkan diri, berguling, menentang arus sungai yang kuat dan pelbagai lagi aksi akrobat. Hebat! Pelbagai bakat dan kebolehan terpendam para peserta terserlah terutama kekuatan fizikal.





Perjalanan pulang kemudiannya mengambil masa kurang dari 2 jam. Dalam perjalanan pulang, yang jalannya kiri kanan dusun durian. Sorang pekebun yang bermurah hati memberikan para peserta sebakul durian. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.





Sesampai sahaja di kem, juadah makan tengah hari terhidang di atas meja. Perut makin berkeroncong hebat minta diisi. Seusai makan tengah hari, buah durian di makan bersama-sama, indah!

Selepas solat zohor bersama-sama, para peserta bersiap untuk pulang ke Sekolah Al Amin, Gombak, tempat MISI '12 berkampung. Terukir pelbagai pengalaman yang tidak mampu terungkap kata dan tergambar bicara. Butir-butir mutiara ilmu yang didapati daripada program Perkasa ini mampu menyuntik semangat juang yang tinggi untuk menjadi hamba-Nya yang kuat!

3 ulasan:

  • sufiyyah zulkifli   June 6, 2012 at 3:36 PM

    MISI PERKASA. ^_^
    ps: typo perenggan 4 baris 2. :)

  • Najla   June 11, 2012 at 6:45 PM

    qawiyyul jism .. semoga MISIian terus qowiyy dimana2..

  • Husna As Saedah :)   June 12, 2012 at 9:01 AM

    gua oh gua ..

Post a Comment