Penghulu hari. Alkisah panglipur lara si tukang cerita. Ingin merakam dia sang tukang cerita perihal kejadian hari Rejab yang satu. Hari ke tujuh dalam dua minggu yang penuh tepu ilmu itu. Pahlawan yang dua puluh lima dan Srikandi yang tiga puluh lima itu sedar bangun bangkit daripada peraduan yang nyenyak enak.
Hening fajar subuh hari tenang tetap hati sang pahlawan dan sang srikandi. Merehat jemala di tanah bumi berdepan kiblat yang satu. Doa dan minta-minta di tembak-tembak terus. Yakin sampai pada yang Maha Kuasa. Yang Maha Hebat. Yang Maha Kuat!
Jemput-jemput dedak gandum. Air hitam sederhana pekat dikacau ligat. Serikandi tiga puluh lima diwakil pasukan Rabitah dan As Saff yang berpencak hebat di dapur masak. Mentari terbit hujung ufuk tampak indah. Bunga seri sang hati-hati. Tertegun setagal menatap indah.
Pelajaran bermula, Sang Pahlawan dan Sang Srikandi yang semua itu bergabung tenaga menjitu jadi satu. Mata kepala dan telinga dibiar terbang bebas. Serap segala luahan kata.
Ustazah Maznah, wanita mapan. Tubuhnya sederhana kecil, tapi auranya maha akhbar. Berdiri teguh di hadapan para pahlawan dan srikandi. Mengalirkan semangat wajanya kepada mereka. Seraya mampu depani masa dan mampu juang hingga akhir.
Diceritakan juga perihal amir yang terbaik seanteronya. Amir tugasnya cipta tarikan agar mampu bawa diri dan sekalian manusia tuju tepat capai matlamat. Amir yang hebat-hebat dapat jadi tamsilan. Ceciri unggul sang amir dapat digarap jadi beberapa. Akhlak yang mulia tuntutan wajib hadir dalam diri sang amir.
Dinyatakan juga, andai pemimpin yang persis jin ifrit itu kembali kepada fitrah, usah diungkap alkisah dulu. Terimalah dia yang sekarang. Ditegaskan, lihatlah Khalid al Walid. Pahlawan unggul yang dahulunya memusuh. Tetapi akhirnya menjadi pemimpin terbilang dalam lakaran sejarah.
Kemudian. Selang beberapa putaran jam penuh. Pahlawan dan Srikandi masih lagi kuat gagah mengutip permata ilmu. Ketemu mereka pula dengan Saudara Raswan. Ditumpahkan beliau ilmu mengenai menguraikan kepingcangan (problem solving). Tidak kiralah sehalus mulus zarah hingga sebesar akhbar angkasa. Peri pentingnya cecara mengurai pincang kerana hidup setiap insan pasti bergelumang dengan duri-duri pancaroba.
Hari diakhir dengan para pahlawan dan srikandi mengalun ayat-ayat cinta yang Maha Esa. Menyubur hati dan tenang diri dengan mengingati-Nya. Melangkah pulang dengan ilmu yang bertambah dan girang hati yang tenang.
Baraakallahu feekum.
JK Multimedia

1 ulasan:
mantap! =)
Post a Comment