,
|

Pantun Ceritera Hari ke-6

MasyaAllah... Hari ke-6 membariskan aktiviti yang menarik! Bosan dengan cara penulisan blog yang biasa? Ayuh pelbagaikan! Pernah bayangkan setiap aktiviti MISI’12 di pantunkan?

Turun ke sawah di pagi hari,
Terasa aman tidak terkejar;
Di masak ikhwah di subuh hari,
Berteman nyaman udara fajar.

Ikan dipancing di laut masin,
Dibawa anak balik sahur;
Nasi goreng ikan masin,
Juadah enak juadah sahur.

Gelap malam dihias bintang,
Bulan purnama tampak perkasa;
Di dalam talam makanan terhidang,
Makan bersama indah terasa.

Pohonan ara titian gajah,
Pohonan rumbia dihiris belati;
Lantang bersuara diiring hujah,
Isu Islamofobia dikupas pasti.

Putih persih persis bintang,
Pungguk muda khusyuk mepandang;
Auku dan Bersih turut dibincang,
Membuka minda meluas pandang.

Ombak membadai pantai berubah,
Membadai tetap tidak kan kaku;
Dijalan ini aku berubah,
Islam tetap cara hidupku.

Pekat malam mengundang gundah,
Dipasang obor pasak di kontor;
Perihal Islam dan melayu di bedah,
Oleh Doktor Hafizi Mohamad Nor.


Indah alam pesona buana,
Menghubung kita dan Maha Kuat;
Betapa Islam itu sempurna,
Menghubung jalin seluruh umat.

Goreng bihun digoreng mudah,
Dimakan ramai sedapnya pasti;
Beratus tahun dijajah digugah,
Kemenang dicapai yakin pasti.

Untuk kuat dan jadi terbaik,
Perlu berilmu dan rendah diri;
Bagi menbuat blog terbaik,
Kutip ilmu punyaan Akhi Azri.


Terang bulan kekunang lampu,
Bedanya bukan sedua langkah;
15 persoalan menghijab mampu,
Blog dihasilkan untuk dakwah.

Dari Temasik turun ke Malaka,
Wakil armada pahlawan nyata;
Menarik tertarik tajuk dicipta,
Teknik mengoda meragut nyata.

Hutan rimba ilhami akal,
Kaya ilmu untuk semua;
Rehat di damba tubuh dan akal,
Tepu ilmu untuk manfaat semua.

Juang di medan perlu dilatih,
Untuk iman mantap dan kuat;
Tayangan teladan di layar putih,
untuk pedoman ikhwah dan akhwat.


Sungguh indah segala cipta-Nya,
Tiada ruang untuk kurang;
Alhamdulillah pujian bagi-Nya,
kerana peluang dan juga ruang.

Baraakaallaahu feekum.

JK Multimedia

1 ulasan:

  • mnasimaralim   June 1, 2012 at 6:11 PM

    mantap2! Jenuh jugak nk pikir pantun panjang2 ni.. =)

Post a Comment