,
|

Berdansa dengan Kamera




Hari keempat MISI'12, 29 Mei 2012 menjengah.

Usai slot Speaker's Corner, slot pertama bermula iaitu Bengkel Asas Media. Penceramah yang tidak asing lagi dengan media iaitu Akhi Zulkarnain dari IKRAMedia Pusat yang hadir untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang beliau miliki bersama semua peserta MISI'12 kali ini.

Bermula dengan lafaz Bismillah, kami ditayangkan 24 frame of picture per second iaitu video berkenaan dengan Syria. Video mengenai isu penindasan dan kezaliman yang berlaku di Syria ini sungguh menyayat hati dan mampu membuka mata dan hati individu yang menontonnya. Beliau terpanggil untuk berkongsi input tersebut kerana malam sebelumnya, 28 Mei 2012, Masjid Negeri Shah Alam menjadi saksi perkongsian dua orang pemimpin Syiria iaitu pembantu khas Sheikh Yusuf Qardawi, Syeikh Dr. Khaled Hendawi dan wakil Parti Pembangkang di Syria, Syeikh Dr. Amir Abu Salamah.

Mereka datang ke Malaysia dan menceritakan realiti sebenar yang sedang berlaku di Syria. Mengenai pembunuhan anak-anak kecilnya yang tidak bersalah serta kezaliman yang dilakukan kepada semua rakyat yang terpasak utuh di nubari dan sukmanya Allah itu sahaja yang layak dan wajib disembah dan Muhammad SAW itu pesuruh dan hambaNya. Bashar Assad dikecam seluruh dunia kerana melakukan kezaliman hingga persis refleksi pemerintahan firaun yang mengaku dirinya tuhan semesta alam! Moga Allah Al Hafedh memelihara. Sungguh beruntung mereka yang sedang berjuang mempertahankan Islam kerana mereka insan terpilih. Merekalah bakal jatuh syahid di medan perang. Mereka insan hebat! Doa kami sentiasa mengiringi.

Kemudian Akhi Zulkarnain juga ada menerangkan tentang peranan media dalam dakwah. Telah tertulis di dalam kitab suci Al Quran di dalam surah Ali Imran ayat 110, surah Al Asr, surah Al Qalam ayat 2 dan bahagian akhir surah As-Syua’raa. Di dalam surah Ali Imran ayat 110, dinyatakan bagaimaan konotasi Khairu Ummah (Umat yang terbaik) itu bukanlah dimanifestasikan dengan kereta Lamborghini yang meluncur laju membelah jalan, bukan juga rumah agam sebesar berkilometer luasnya terpasak utuh di atas tanah hidau, jauh sekali mengenai teknologinya yang hebat-hebat hingga mampu membelah awan menawan angkasa, tetapi mereka adalah insan-insan yang;

- Menyeru kepada kebaikan
- Melarang kemungkaran
- Beriman penuh kepada Allah Azza wa Jalla

Selari dengan itu, Allah juga nyatakan di dalam surah Al Asr yang Allah bersumpah dengan masa. Maka rugilah semuanya kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Hal ini jelas menyatakan perana dakwah dan media. Wujudnya media dalam dakwah akan memudahkan kerja menyampaikan dakwah dengan lebih mudah, efisyen dan menarik.

Di dalam surah Al Qalam pula Allah berbicara kepada kita mengenai pena. Perihal pena ini maha penting dan menjadi media utama penyampaian dan penyimpanan maklumat dalam bentuk penulisan paling lama. Sungguh! Sejak zaman Rasulullah SAW dahulu, kewartawanan sudahpun wujud dalam erti kata penulisan untuk merekod ceritera serta menyampai ilmu.

Ayat-ayat akhir di dalam surah As Syua’raa pula menerangkan mengenai Pop Culture yang membelenggu pemikiran manusia. Di dalam surah ini Allah berfirman mengenai penyair-penyair yang mempunyai pengikut-pengikut. Hal ini saling tidak tumpah seperti realiti dunia artis atau dunia hiburan yang menjadi sebati dengan diri insan akibat mendapat pendedahan yang melampau mengenai pekara ini seusai pandai melangkah tatih. Menjadi tugas kita yang berilmu dan mempunyai fikrah untuk memperbetulkan hal ini.

Agenda seterusnya mengkhusus terhadap ilmu-ilmu merekod gambar dengan baik menggunakan kamera DSLR mahupun kamera Blackberry. Beberapa teknik merekod gambar dan juga video dikongsikan kepada kepada semua peserta antaranya ialah;

- Rule of 3rd
- Balance
- Composition

Penghasilan satu karya visual seperti video atau gambar yang menarik memerlukan penghasilan yang teliti. Hal ini terbahagi kepada beberapa bahagian;

- Shoot
- Post production
- Publish

Turut dikongsikan juga apa yang mengindahkan dan mencacatkan sesuatu video;

- Footage yang goyang jangan diletakkan di dalam video
- Fokus; jangan zoom in dan out terlalu laju (hanya boleh dilakukan oleh produksi Melodi)
- Fast pan; jangan bergerak terlalu laju dari kanan ke kiri (kecuali anda juru video perlumbaan F1)
- Over expose (beri perhatian kepada ISO, Aperture, dan Shutter)

Akhi Zulkarnain juga ada menceritakan tips-tips untuk menghasilkan video yang menarik;

- Jangan masukan Bad shoots (seperti yang termaktub di atas, goyang etc.)
- Durasi masa setiap satu shoot gambar video tidak lebih daripada 3-5 saat (kecuali apabila temubual diadakan)

Media semestinya memainkan peranan yang maha penting dalam memudahkan kerja dakwah. Oleh itu, di harap semua perserta memanfaatkan ilmu yang dikongsi agar mampu terus mapan dan kukuh serta kreatif dan kritis di dalam medan dakwah ini dalam menzahirkan perjuangan menegakkan Islam di dunia insya Allah!


A. Ralim bin M.Yassin :
"BAGAIMANA MENULIS BERITA YANG BAIK (DEMI DAKWAH)"


3.30pm-5.00pm

Kita mulakan dengan firman Allah dalam surah pertama yang diturunkan.

Surah Al-Alaq:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah dan Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan"

MashaAllah, menulis itu sudah disebut pada surah pertama!

Untuk menulis, kita haruslah mempunyai hujah yg nyata:

- (Yusuf:108)

Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan hujah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik.”

Maka, jadilah saksi kepada kebenaran duhai penulis!

Allah juga berfirman dalam surah An-nisa 135-136

135: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkata- kan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balik kan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

136: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”

Panduan menjadi penulis yg sebenar

- (al:imran:191)

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti”

Menulis itu adalah suci dan menyucikan, ia adalah ibadah kalau diniat kerana-Nya. Ia semestinya bebas dari unsur buruk yg mengajak kepada maksiat, hedonistic dll.

Siapa penulis,wartawan dan editor:

Penulis

Penulis adalah orang menulis karya ilustrasi yg asli(cerita,puisi,ilmiah dll) dan menghasilkan skrip / bahan daripada cerita ali, kejadian,novel

Wartawan

Orang yang mengumpul maklumat dan menyelidik kejadian melalui temuramah

Editor

Orang yang mencetus cerita dalam masyarakat.

COPY editor

Orang yang bertanggungjawab untuk perbaiki ketepatan fakta tetapi tidak ditugaskan untuk merubah isi.

Ketua editor

Orang bertanggungjawab dengan polisi dan operasi dan menyemak fakta, rujukan, petikan dll (kandungan).

Seni menulis berita

Menulis berita adalah skil utama bagi wartawan. Kaedah yang penting yang selalu digunakan ialah "Kaedah piramid terbalik". Ia bermaksud, penulis mestilah menulis tentang maklumat terpenting dahulu dan memastikan apa yang ditulis itu adalah fakta bukan andaian penulis. Fakta mestilah ditulis dahulu sebelum menulis tentang latar belakang. Penulis boleh juga mengggunakan prinsip "Five wives one husband : Who,where,why,what,when and How?"

LATIHAN DALAM KUMPULAN:

a)Tulis berita dengan kaedah piramid terbalik.

Semua kumpulan menunjukkan komitmen yang baik namun ada sedikit penambah baikan oleh speaker.Di samping itu, usah risau jika kurang mempunyai 'gaya' dalam menulis kerana gaya yang menarik boleh dilatih. Untuk sesuatu penulisan menjadi lebih menarik, mulakan dengan dialog. Penulis juga hendaklah memastikan bahawa tiada perkataan yang sama dalam satu perenggan. Penulis juga mestilah memberikan fokus tambahan terhafap imbasan sejarah (background)

Senarai contoh-contoh kesalahan lazim dalam penulisan Bahasa Melayu

Diatas = di atas

Di malam = pada malam

Daripada Pahang = dari

Dari ayah = daripada ayah

untukNYA= untuk-NYA

ke 156 = ke – 156

ke-2 = kedua (1-9 kena eja)

perabut = perabot

gembleng (ejaan betul)

gerakan Islam (ejaan betul)

Akhi Mohd saiful Islam & Akhi Auzan Azanuddin :
DEBAT 1
9.40pm-12.00am




KENAPA BERDEBAT?
An-Nahl : 125

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.”

Dalam berdakwah, perlukan hikmah, contoh dan teladan jadi debat adalah salah satu seni dakwah. Apa yang diperlukan oleh seorang pendebat adalah menghormati pendapat orang lain (reserve your judgement) tapi itu tak bermakna kita tidak berprinsip. Kita mestilah memastikan pegangan kita tidak di pengaruhi oleh pihak lawan.

POSISI DALAM DEBAT

-Kerajaan : Perdana Menteri, timbalan Perdana Menteri, Menteri

- Pembangkang: Ketua pembangkang, Timbalan Pembakang, Pembangkang Pertama

-TUJUAN asas debat ialah :

1)buktikan kita betul

2) buktikan pihak lawan salah

JENIS DEBAT


1) Perbandingan :
Pendebat perlu membuat perbandingan dengan pihak lawan. Contohnya "Pen lebih baik dari pensel".

2) Membentang usul

Kita perlu membentang usul berdasarkan asal usul-usul (background story). Mencari apakah punca usul-usul debat itu wujud pada mulanya.

LATIHAN DALAM KUMPULAN

Tiga kumpulan ikhwah menjadi pembangkang dan tiga kumpulan akhwat menjadi kerajaan. Manakala, dua kumpulan ikhwah menjadi kerajaan dan 1 kumpulan akhwat menjadi pembangkang. Peserta diberi masa 10 minit untuk menyenaraikan isi-isi untuk debat. Selepas 10 minit peserta mestilah menghantar seorang wakil ke hadapan untuk berdebat. Hanya 2 minit masa diperuntukkan oleh wakil kumpulan membentangkan hujah.

Tajuk yang dewan telah setuju adalah :

1) Perdana menteri ke-7 adalah seorang wanita.

2) Plat nombor kereta tidak wajar dijual beli.

Kesimpulannya,

“berdebat bukan untuk bergaduh!”

“ mahasiswa perlu mengambil tahu isu semasa yang terjadi di luar Negara dan di dalam Negara”

Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"

Rasulullah juga bersabda:

"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya." (Hadith riwayat Bukhari)
Wallahua'lam.

Baraakallaahu feekum.

JK Multimedia, MISI'12

0 ulasan:

Post a Comment