Jumaat, 26 May 2012
Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Kini MISI'12 membuka tirainya selepas hampir dua tahun MISI2010 berlalu. Peserta mula mendaftarkan diri seawal jam sembilan pagi di perkarangan Sekolah Al-Amin, Gombak. Oleh kerana kekurangan AJK MISI'12, para peserta ringan tangan untuk membantu penganjur untuk mempersiapkan dewan dan tempat penginapan yang akan digunakan sepanjang MISI'12.
MISI kali ini diketuai oleh akhi Iqbal dan dibantu oleh tiga orang AJK full-time iaitu akhi Nuh, akhi Bashir dan ukhti Nazurah. Bertemakan 'Membina Generasi Kepimpinan', MISI kali ini menampilkan satu kelainan daripada MISI-MISI yang dijalankan sebelum ini (2006, 2007, 2009 dan 2010) dengan menekankan pelbagai skill untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang.
Sesi pertama bermula dengan sesi yang sangat interaktif dan tepu dengan pengisian iaitu Taaruf (Sesi ice-breaking) oleh akhi Kapten Dhany Sarip dengan dibantu oleh AJK MISI'12.
Malam:
Penyampai: Prof. Dr Arshad Ahmad
Topik: Mind Setting
- Bagaimana specialnya orang muda dalam masyarakat.
- (3:110) Kamu (umat Nabi Muhammad saw) merupakan sebaik-baik umat yang Kami (Allah) keluarkan di kalangan manusia (agar) kamu menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran (kejahatan), serta kamu beriman kepada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, yang demikian itulah baik bagi mereka, (malah) antara mereka ada yang beriman, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.
- (12:108) 12-108: Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhanallah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik.”
- Mengambil iktibar dari perang TABUK dan kisah sahabat (Muaz b Jabal, Musab bin Umair…) sebagai pedoman di jalan ini.
- How to be “khairun ummah”?
- 1) Iman, Amal, Ikhlas
- 2) Tarbiyah Dzatiyah
- 3) Amalan Fardi
- 4) Taubat
- It is all about PARADIGM SHIFT. Dare to take the challenge!!
“When you move your fear, you become free”
Sabtu, 27 May 2012
Speaker: Abi Amin Toha
Time: 9.30am-12.30pm
Belajar cara memasak dengan Abi Amin dalam kuantiti yang banyak (50 orang – 100 orang)
Menu yang dipilih ialah kari ayam dan kurma daging.
Menu yang dipilih ialah kari ayam dan kurma daging.
- Persiapan yang teliti menjamin kerja memasak lebih cepat dan mudah.
Abi juga mengajar peserta cara memotong ayam dan daging yang betul.
- Peserta membahagikan tugas untuk menyediakan bahan-bahan mengikut kumpulan.
- Abi jugak berkongsi tips-tips masakan kepada peserta.
- Antara tips-tips masakan:
- 1) Daging import hendaklah terus dibasuh dan direbus tanpa air untuk membuang darah beku. Kalau mahu simpan jangan dibasuh dahulu
- 2) Ayam perlu dibasuh dahulu, baru disimpan dalam ais.
- Bawang, bawang putih dan halia merupakan barang asas dalam masakan.
“memasak memerlukan seni dan kepakaran di samping kesabaran untuk menghasilkan masakan yang enak”
Cadangan untuk penambahbaikan:
Perlu lebih amali dan lebih banyak dapur agar interaksi yang maksimum mampu digapai.
Masa: 3.00pm-5.00pm
Penyampai: Akhi Iqbal Hakim
Tajuk Slot: Taklimat MISI’12 dan pembahagian kumpulan
- Sejarah program MISI.
- Setiap peserta program MISI’12 menerima buku catatan.
- Taklimat terperinci oleh Akhi Iqbal mengenai objektif MISI’12 , Do & Don’t, Jadual harian, Jawatan & tugasan dalam kumpulan, mutabaah amal & lagu tema.
- Pembahagian kumpulan. Ikhwah ( 3 kumpulan) & Akhawat ( 4 Kumpulan)
- Setiap kumpulan perlu meilih nama kumpulan, AJK dalam kumpulan dan bertaaruf antara ahli kumpulan. Bidang tugas untuk setiap AJK telah diterangkan oleh Akhi Iqbal.
Jawatan dan bidang tugas:
Ketua :
- - Mengetuai perbincangan dalam kumpulan
- - organise dan conduct group
- - menyelaras tugasan-tugasan kumpulan
- - wakil kumpulan dalam majlis Syura
Penolong ketua/JK Kebajukan & Kebersihan :
- - menjaga kebajikan semua ahli
- - memastikan tempat kediaman bersih setiap pagi dan sebelum tidur
- - memastikan kawasan dewan bersih dan tersusun
- - memastikan tempat mandi dan tandas bersih dan tersusun
SU/JK Multimedia :
- - pencatat keputusan syura kumpulan
- - sediakan laporan kuliah mengikut jadual tugasan SU
- - merekod video & gambar semasa aktiviti berlansung
- - menyediakan video untuk hari penutup MISI’12
Bendahari/Dana :
- - bertanggungjawab terhadap segala urusan kewangan
- - menyediakan laporan ringkas kewangan selepas ke pasar
AJK makanan :
- - menyediakan menu
- - menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan
- - mendapatkan menu sarapan daripada chef kumpulan seterusnya
JK Sukan dan disiplin :
- - merancang dan melaksanakan apa-apa tournament sukan
- - bertanggungjawab menguruskan peralatan sukan semasa riadah
- - mengendalikan kawat kaki
JK Kerohanian & Keselamatan :
- - menyediakan jadual imam
- - menyediakan senarai pentazkirah
- - menganjurkan pertandingan kerohanian
- - kunci kediaman setiap kali aktiviti dan waktu malam
- - hirasah (jika perlu)
“Peserta MISI’12 perlu memahami gerak kerja dalam berkumpulan dan menghormati antara satu sama lain”
Tajuk : Critical Thinking
Masa: 9.00pm-11.30pm
Penyampai: Akhi Auzan bin Hassan
8 skills in critical thinking
- 1 -Attributing
- - asas dalam critical thinking
- - mengenalpasti perincian sesuatu benda (sifat, kualiti, dll)
- 2 -Contrasting
- - persamaan dan perbezaan dalam perincian
- 3 - Sequencing
- penyusunan berdasarkan perincian
- - susun berdasarkan sesuatu (contoh: aturan yang perlu dituruti utk menyusun)
- 4 -Prioritising
- - menyusun berdasarkan nilai yang ada
- - keutamaan sesuatu nilai yang ada
- 5 -Cause and effect
- - kenalpasti punca dan akibat sesuatu perkara
- 6 -Bias
- - teliti kemungkinan-kemungkinan penipuan yang berlaku
- - terjadi apabila berhadapan dengan pihak lawan
- 7 -Assumption
- - cari lopong kosong antara isi dan kesimpulan
- Akhirnya apa yang nak disampaikan oleh seseorang
- 8 - Inferring
- Reading between the lines
- assuming and deducing
- menghasilkan kesimpulan selepas mengkaji dan meneliti
Untuk lebih memahami teknik-teknik dalam critical thinking , penyampai menganalisa artikel di dalam SINAR HARIAN: Debat Sinar : Khairy, Rafizi, ‘main’ angka yang bertarikh 24 Mei 2012. Artikel yang digunakan hanyalah digunakan untuk tujuan memahami kaedah critical thinking semata-mata.
Konklusi yang dapat digarap daripada slot ini ialah, sebagai mahasiswa perlu memandang kehadapan , jangan mudah membuat konklusi / menilai. Kaji terlebih dahulu sesuatu perkara. Mahasiswa mestilah mempunyai pegangan sendiri yang kuat dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran seperti politik terutamanya. Mahasiswa perlu ambil tahu isu semasa.
Our base line should always be based on the Al-Quran and the Sunnah of the prophet.
0 ulasan:
Post a Comment