Isnin, 28 Mei 2012
Tajuk : Aqsa Syarif
Masa: 9.30am-12.30pm
Penyampai: Ustazah Siti Ramlah
Nakba yang berlaku pada 15 Mei 1948, sudah 64 tahun berlalu. Seusia kita apa yang sudah kita lakukan untuk membela mereka dan untuk dijawab jika Allah tanya.
Muwasafat muslim yng cuba dicapai adalah bermanfaat kepada orang lain. Jadi kita harus peka dan prihatin dengan masalah di Palestin. Tayangan video “Tears of Gaza” amat meruntun hati. Membuatkan air mata menitis dan dada berombak sebak.
Ciri-ciri syuhada’ Palestin
Kemenangan dapat diperoleh hanya dengan pengorbanan;
(Saff, 61:10) Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(Saff, 61:11) (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Gaza merupakan kawasan yang dipenuhi oleh rakyat Palestin berbanding Tebing Barat yang bercampur aduk dengan penempatan Yahudi. Sebab itu ia dibom dengan sesuka hati
Hadis nabi menyatakan;
Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari sanad yang tsiqah (terpercaya) dari Abu Umamah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan mendapat kemenangan dalam agama ini dan mereka akan mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka, kecuali sekadar penyiksaan kesengsaraan sampai datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di atasnya. Orang yang bercerita lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka berada?” Beliau menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
Adakah kita termasuk di dalam golongan yang dikatakan Rasulullah SAW itu jika kita berada jauh di Malaysia? Ya, sekiranya kita turut sama berjuang membela mereka!
Al-Aqsa adalah tempat yang berkat, seperti mana dalam ayat pertama surah al-Isra’. Keberkatan tersebut akan sampai jauh kemana-mana sahaja asalkan hati itu mempunyai keterikatan dan menggantung hati padanya. Allah akan berkati dan permudahkan urusan hidup.
Jadi jangan ragu-ragu dan bantulah al-Aqsa. Kalau generasi ini tak sebarkan, nescaya Palestin akan padam terus dari ingatan ummat.
Ada kisah menyatakan Dajjal akan keluar bila Tasik Galilee (Lake of Gennesaret/Lake Kinneret/Sea of Tiberias) kering di Palestin. Sekarang ia sudah surut dengan dahsyat kerana penempatan Yahudi menjadikannya sebagai sumber air. Kiamat sudah dekat, bermakna kemenangan juga sudah hampir.
Apa tindakan kita? Idea dari peserta-peserta yang ingin dilaksanakan seusai tamat MISI:
- Baju mengenai Palestin dan dipakai serentak oleh penggerak Aqsa Syarif seluruh IPT dalam acara yang diselaraskan. Menimbulkan suasana ingin tahu dari pelajar lain.
- “Standardize” bahan pameran, rekaletak, audio visual dalam satu konsep yang digunapakai untuk booth-booth seluruh negara.
- Keluarkan lebih banyak video tentang Palestin
- Tabung Aqsa Syarif untuk para pelajar dan Pensyarah
- Sebarkan dalam Facebook dan Blog
- Menjadi qudwah kepada rakan-rakan dan anak usrah dengan boikot barangan Israel
- Melibatkan non muslim dalam aktiviti dan program Aqsa Syarif
- Solat jenazah ghaib untuk para syuhada’
- Solat hajat jamie
- Jadi sukarelawan Aqsa Syarif
- Boikot
- Update isu Palestin dengan kerap
- Hari khas mengingati Palestin
- “I am Palestinian Citizen” t-shirt
- Perbanyakkan kerjasama Aqsa Syarif dengan IPT
- Pelan Sahabat Siswa UiTM (platform untuk bergerak secara aktif dan berdaftar) UiTM Sarawak
- Tubuh kelab Aqsa Syarif IPT
Tajuk : Blogging 1
Masa: 2.30am-4.30pm
Penyampai: Noor Azree Bin Mohammad Hanifiah
Di jam 2.30 hingga 4.30 petang, slot “blogging” telah diadakan, slot ini amatlah berguna bagi para da’ie muda yang mempunyai bakat berkarya untuk menyebarkan dakwah kepada pengguna alam siber. “Blogging” yang kini menjadi salah satu medium yang sangat efektif kerana sebarang idea atau informasi boleh dikarya oleh da’ie dan dibaca oleh semua pengguna internet secara terbuka dan percuma.

Slot ini telah dikendalikan oleh akh Noor Azree bin Mohd Hanafiah, semasa berlansungnya slot ini, pelbagai aktiviti telah diadakan, diantaranya ialah menulis artikel. Setiap peserta diminta mengarang apa apa sahaja artikel dan bagi yang berjaya menyiapkannya dalam masa yang diberikan, telah dibacakan bagi mengesan kebolehan peserta mengarang artikel. Selain itu, aktiviti penggunaan “sticky note” untuk mencatat isi isi banyak membantu pelajar mengetahui bahawa menulis itu mudah.
Antara perkara yang ditekankan oleh penceramah dalam mengarang sesebuah karya, ialah setiap perenggan mestilah mengandungi 3 hingga 5 ayat, dan setiap ayat mestilah mengandungi lebih kurang 18 patah perkataan. Seterusnya laman blog hendak lah “sempoi” sahaja, ini kerana ia bakal mempengaruhi dan memberi suatu tarikan kepada pembaca. Selain itu, penggunaan bahasa mengarah, mestilah dielakkan, penggunaan bahasa yang senang difahami juga amatlah penting kerana amatlah penting untuk pembaca memahami apa yang cuba disampaikan penulis. Bahasa rojak juga haruslah dielakkan dan jika perlu, wajib menggunakan apostrofi.
Seterusnya, mengarang karya melalui diskusi bersama, ianya amatlah membantu penulis untuk mengarang sebuah karya yang berkualiti dengan pertukaran idea. Penggunaan “sticky note” untuk menulis isi isi penting dapat membantu dalam mengarang artikel. Ini kerana isi-isi yang diperoleh dan digunakan boleh dikitar guna untuk artikel yang lain, malah boleh digunakan lagi sebagai satu tajuk yang baharu.
Tajuk : Public Speaking
Masa: 9.00am-11.30pm
Penyampai: Akh Awang Armadajaya
Masa: 9.00am-11.30pm
Penyampai: Akh Awang Armadajaya
Cahaya merah telah hilang dari kaki langit menandakan bahawa telah masuknya waktu solat fardu Isyak. Oleh itu, kami peserta MISI 12 menunaikan solat Isyak secara berjemaah bagi mendapat kelebihan yang sangat besar.
Sepertimana yang tercatat pada jadual, pada malam ini terdapat slot Public Speaking yang akan disampaikan oleh Pak Cik Awang Armadajaya dan dipengerusikan oleh akh Mus’ab. Dalam slot ini kami diajar mengenai pengucapan awam. Kami telah diperkenalkan dengan pelbagai pengucapan awam tetapi pada mala mini kami memberi penumpuan kepada pidato.
Pak Cik Awang telah menerangkan kepada kami cara untuk berpidato yang baik antaranya adalah :
1. Kita perlu faham dan mendalami topik yang kita akan sampaikan.
2. Kita juga perlu mengenali siapa yang menjadi pendengar kita agar kita dapat mengikut kesesuaian tahap golongan.
3. Kita juga perlu menggunakan bahasa yang sesuai agar pendengar mampu memahami isi yang disampaikan.
4. Gaya dan cara mestilah menarik dan menambat hati agar pendengar tidak merasa bosan dengan idato kita.
Setelah memberi beberapa langkah-langkah berpidato dengan baik, Pak Cik Awang telah memberikan sebuah tajuk pidato iaitu “Keluarga Saya” untuk menguji peserta MISI 12. Masa yang diberikan selama sepuluh minit bagi peserta untuk menyiapkan isi bagi pidato masing-masing. Setelah itu beberapa peserta akan dipilih untuk pak cik untuk mempersembahkan mereka di hadapan peserta lain.
Masa tamat. Kelihatan kebanyakan peserta menundukkan pandangan. Pelik. Agak tawaduk peserta MISI 12 pada malam ini. Siapakah insan bertuah pada malam ini?
Pada peringkat awal, Pak cik memilih seorang ikhwah dan akhawat (kedua-duanya nama samaran)bagi menyampaikan pidato mereka dalam sesi praktikal ini. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta cara bepidato dan agar peserta tidak terpengaruh dengan cara berpidato yang dipelajari semasa di sekolah menengah. Setelah beberapa teguran, tedapat beberapa peserta yang dirahsiakan nama mereka memberanikan diri untuk berpidato di hadapan secara sukarela
Setelah membuat beberapa ujibakat dijalankan, beberapa kesimpulan yang dapat dibuat antaranya adalah ‘eye contact’ . Kebanyakan peserta gagal memmbuat eye contact yang baik dengan pendengar. Hal ini sangat penting kerana eye contact mempengaruhi ke’efektif’an sesebuah pidato. Terdapat beberapa perkara lain yang ditegur antaranya, keperluan berdiri tegak dalam berpidato, gaya tangan dan yang paling penting sekali jangan membaca teks. Pak cik juga mengingatkan bahawa ketika menyiapkan pidato, elakkan menulis dalam bentuk ayat penuh bahkan digalakkan untuk menulis dalam bentuk isi.
Sebelum mengakhiri slot ini, pak cik menceritakan mengenai perasaan gemuruh yang dirasai oleh setiap orang yang menyampaikan pidato mereka di hadapan. Katanya, tiada orang yang tidak merasakan perasaan gemuruh ini tetapi sejauhmana mereka mampu mengawal gemuruh mereka. Beliau seterusnya menerangkan bagaimana mengawal perasaan gemuruh itu, antara yang disentuh ialah:
1. Mebuat persiapan lengkap
2. Kenali siapakan pendengar kita
3. Berpidato dengan topic yang biasa dilalui
4. Datang awal kepada berpidato untuk membiasakan diri dan sentiasa berketrampilan kemas.
5. Pegang pen atau batang di belakang badan sambil menggerak-gerakkannya dalam usaha menghilang perasaan gemuruh.
Kesimpulannya, diharapkan setelah melalui slot ini, peserta-peserta MISI 12 dapat meningkat kemahiran melakukan pengucapan awam dan mempraktikkannya dalam speakers’ corner yang akan diadakan setiap hari.
0 ulasan:
Post a Comment